Program Permata Inspirasi @ Library di Perpustakaan Desa Kg Sg Raya
23 Mei 2026 | Aktiviti Terkini22 Mei 2026 – NADI Linggi telah dijemput untuk menyertai Program Permata Inspirasi @ Library di Perpustakaan Desa Kg Sg Raya. Program ini telah melibatkan seramai 50 orang pengunjung.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan Kahoot bertemakan Program Permata Inspirasi dan sesi taklimat berkenaan informasi NADI serta taklimat Kempen Internet Selamat kepada pengunjung.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: